PING MERAH

Pendidikan Berinformasi Terkini

Borang Permohonan Masuk Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2014/2015


TAWARAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MTD BAGI TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2014


Download pengumuman di SINI

1. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.

2. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina – Lelaki.
c. Tinggi Minimum - 152 sm.
d. Berat Minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (Tarik nafas).
g. Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah 
tidak melebihi 6/12.
h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan 
aktiviti lasak.
i. Terbuka kepada pelajar lelaki tingkatan tiga yang berpotensi lulus cemerlang dalam 
Peperiksaan PMR Tahun 2013. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, muzik,
kelab, persatuan dan unit beruniform. Sila sertakan bersama sijil yang disahkan sebagai 
pengesahan.
j. Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Maktab Tentera Diraja.
k. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR akan dipanggil untuk 
menghadiri Sesi Temuduga.
l. Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2014.

CARA MEMOHON
1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan BAT B 115 di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.

2. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:


Sel Pemilihan
Pusat Pengurusan Maklumat
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR

3. Borang Permohonan BAT B 115 yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat lewatnya pada 30 Sep 2013. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

TOP 10 Bazaar Ramadhan Di Selangor & KL

4. Pemohon yang layak sahaja akan diipanggil menghadiri Temuduga.

5. Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 31 Dis 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.

6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 
03-90867470/7471.
0 Komentar untuk "Borang Permohonan Masuk Ke Maktab Tentera DiRaja Sesi 2014/2015"

 
Copyright © 2014 PING MERAH - All Rights Reserved
Template By Catatan Info